KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) - Portal baru Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), JobsCentre, akan menawarkan kepada ahli dan pelawatnya rangkaian pengambilan pekerjaan secara online sepenuhnya.
“Para pelawat ke portal itu akan dapat mengalami satu rupa dan rasa yang baru kerana ia lebih dinamik dan interaktif.
“Perkhidmatan baru bagi ahli-ahli itu akan juga menjadi satu sumber perolehan kepada kami,” kata presidennya yang baru dilantik, Datuk Azman Shah Harun, dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Azman berkata portal itu mensasarkan untuk meningkatkan produktiviti dan keefisienan pengurusan yang berkaitan dengan keperluan perniagaan ahli.
“Portal itu akan dikemas kini secara berterusan untuk menyediakan maklumat yang penting, kena pada masanya dan tepat bagi menampung keperluan ahlinya; membolehkan ahli memberi keutamaan dan menggunakan kepakaran MEF; serta mengurangkan jumlah masa yang digunakan untuk berurusan menggunakan persekitaran yang kaya maklumat yang kompleks.
Azman mengambil alih sebagai presiden dari Md Jafar Abdul Carrim ekoran mesyuarat agung tahunan MEF dalam Jun.
MEF kini mempunyai 4,200 ahli dan 13 keahlian persatuan yang menggaji kira-kira 1.5 juta pekerja di seluruh negara. Portal itu boleh diakses di www.mef.org.my. – BERNAMA