IPOH: Seorang murid Tahun 6, Nicole Wong Sin Yin, muncul sebagai seorang jurutaip peringkat sekolah rendah yang terpantas di Malaysia dan namanya tersenarai buku rekod Malaysia Book of Records.

Murid SK Convent memenangi gelaran tersebut dalam pertandingan menaip “Raja Jurutaip” hari ini.

Dia berjaya memecahkan rekod lama 100.4 perkataan seminit dengan ketepatan menaip 97%.

Saya mula belajar menaip dengan 10 jari apabila mengambil kelas komputer dua tahun lepas,” kata Nicole, yang membawa pulang hadiah komputer riba.

Saya benar-benar rasa bangga,” katanya, apabila diminta mengulas kejayaannya itu.

Juara kategori sekolah menengah diraih Lau Keng Soon, 17, yang berjaya menaip 108 perkataan seminit dengan ketepatan 100%.

Peraduan tersebut, bertujuan mencari jurutaip paling pantas dan tepat, anjuran bersama SNS Network (M) Sdn Bhd, Re2 International Corporation Sdn Bhd dan Majlis Sekolah-sekolah Cina Perak. - Oleh CHAN LI LEEN

Satu Komen

  1. Kemahiran dan kelajuan menaip bergantung pada banyak faktor selain dari latihan. Ia termasuk kepada kelembutan papan kekunci, cara duduk, jarak monitor dengan badan dan lain-lain

    Sila ke blog saya untuk bermain game sambil melatih kemahiran menaip.

    http://kedaimagik.blogspot.com/2008/06/blog-post.html


One Trackback/Pingback

  1. [...] Raja Jurutaip Menaip Pantas?  [...]

Kirim Komen

*
*