FRANKFURT: Purata kadar gaji di Malaysia meningkat 6.2 peratus tahun lalu, kata tinjauan Hewitt Associates, syarikat perkhidmatan penyumberan luar dan perunding sumber manusia yang berpangkalan di Illinois, Amerika Syarikat.

Syarikat itu, dalam Tinjauan Kenaikan Gaji Asia Pasifik ketujuh yang dikendalikannya berkata, India mencatat kenaikan gaji tertinggi di Asia, dengan pendapatan pekerja meningkat 13.8 peratus berbanding 14.1 peratus pada 2005.

Bagaimanapun, katanya, tinjauan mendapati semua negara Asia Pasifik, mencatatkan purata kenaikan gaji stabil dalam semua pasaran, selaras pertumbuhan ekonomi yang kekal serta berterusan.

Katanya, tinjauan mendapati kemahiran pekerja adalah komoditi amat dicari-cari di Asia seperti di kebanyakan negara maju dan majikan sanggup menawarkan pakej optimum kepada kakitangan.

“Secara keseluruhannya, syarikat kini menganalisis strategi sumber manusia masing-masing bagi merangsang kecekapan kerja kakitangan bagi mempertingkat produktiviti.

Pakar mengenai pendapatan pekerja di Hewitt Associates, Vito Pugliese, berkata pendapatan tahunan pekerja di Filipina meningkat buat kali kedua berturut-turut pada purata 8.2 peratus, manakala di China, ia meningkat lapan peratus.

Di Thailand, purata haji pekerja naik sebanyak 6.5 peratus tahun lalu berbanding 6.3 peratus tahun sebelumnya, manakala di Malaysia, ia meningkat 6.2 peratus berbanding 5.6 peratus pada 2005.

Sementara itu, katanya, Singapura yang mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik tahun lalu memberi kenaikan gaji pada purata 4.6 peratus.

Kirim Komen

*
*