LONDON: Pengguna jalan raya disaran lebih berhati-hati pada hari Jumaat kerana penyelidikan mendapati lebih banyak kemalangan jalan raya berlaku pada hari berkenaan berbanding hari lain dalam seminggu.

Kajian juga menunjukkan keghairahan untuk pulang kerja menjelang hujung minggu membentuk lebih 17 peratus kemalangan dan masa paling teruk ialah antara jam 4 dan 5 petang, ketika berjuta-juta pekerja menuju ke rumah masing-masing.

Kira-kira 9.8 peratus daripada kemalangan hari itu berlaku pada waktu berkenaan.

Jumaat jelas paling teruk kerana mentaliti pekerja adalah untuk bergegas pulang. Kita semua ada impian mengenai apa yang hendak dibuat pada malam hari atau pada hujung minggu.

“Tumpuan yang tidak sampai 100 peratus itu adalah punca perhatian terpesong dan kemalangan. Antara jam 5 dan 6 petang, 9.09 kemalangan berlaku. Jam seterusnya, 6 hingga 7 petang, sebanyak 7.19 kemalangan berlaku,” kata Ketua Eksekutif Accident Exchange, Steve Evans, pakar permotoran yang mengadakan kajian itu.

Sementara, 8.13 peratus kemalangan berlaku pada jam 8 hingga 9 malam. Bagaimanapun, pakar mendapati pada musim bunga iaitu Mac, April dan Mei, kemalangan lebih kerap berlaku pada hari Rabu.

Statistik menunjukkan cuaca baik dan cuti berterusan memberi kesan kepada aliran umum dengan 17.8 peratus kemalangan berlaku pada hari Rabu dan cuma 15.8 peratus pada hari Jumaat. – Agensi

Kirim Komen

*
*