Arkib Label: Sejarah

Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

TENTERA-tentera berpakaian hitam dengan kain lilit kepala merempuh masuk ke bandar Phnom Penh, ibu negara Kemboja pada 17 April 1975, Mereka adalah tentera komunis yang digelar Khmer Merah atau Khmer Rouge, oleh Raja Sihanouk Kemboja, Khmer Rouge atau Angkar Padevat (Organisasi Revolusioner) telah menghalau penduduk Phnom Penh dan mengosongkan bandar itu, 3 bulan sebelum Phnom Penh dirampas. Ketika itu Kemboja di bawah kerajaan Lon Nol.

Antara pemimpin Khmer Rouge yang kejam iaitu Pol Pot dan kuncu-kuncunya, Kini antara mereka yang masih hidup, sedang dihadapkan ke mahkamah untuk dapatkan hukuman sewajarnya. Dianggarkan hampir tiga juta rakyat Kemboja mati dibunuh oleh tentera Khmer Rouge. Pol Pot memulakan kempen pembersihan Kemboja dari golongan agama dan intelektual dengan cara menangkap, menembak sami Buddha dan guru agama Islam beserta keluarga mereka. Larangan menyimpan kitab agama juga berkuatkuasa. Sembahyang, puasa, zakat dan pelaksanaan haji dikatakan turut terhenti antara 1975 hingga 1979.
Artikel penuh di blog Ibnu Hasyim……..

Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / ‘Poasting’ di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]